Riwayat hidup Saint_George

Riwayat hidupnya diceritakan dalam beberapa keadaan yang berbeza: ada dua versi utama:

  • masyarakat Yunani
  • versi Latin

Kedua-duanya penceritaan ini boleh dikesan seawal abad ke-5 atau ke-6. Penghormatan orang suci pada abad ke-5 dengan kepastian, dan mungkin masih ke ke-4.

Versi Yunani

Georgios dilahirkan dalam kalangan masyarakat Kristian Yunani, di Cappadocia. Bapanya meninggal sebagai martir ketika George berusia empat belas tahun, dan ibunya kembali dengan George ke tanah airnya di Syria Palaestina. [5] ibunya pula meninggal dunia beberapa tahun kemudian. Georgios pergi ke ibukota Nicomedia untuk menyertai tentera Rom.[6] Beliau dianiaya oleh seorang Dadianus - menurut suatu versi lama penceritaan ini, nama tersebut dipadankan kepada Diocletian maka bisa disimpulkan bahawa Georgios mati diseksa dalam pemerintahan maharaja tersebut pada 303M. Penetapan di Nicomedia juga sekunder, dan tidak konsisten dengan kultus terawal orang suci yang terletak di Diospolis.[7]

Georgios dihukum pancung pada 23 April 303. Maharani Alexandra yang menyaksikan hukuman tersebut menjadi terkesan dengan kejadian ini sehingga memeluk agama Kristian tidak lama kemudian. Mayat Georgios dibawa ke Lydda untuk dikebumikan, di sanalah beliau menjadi diagungkan para penganut Kristian sebagai seorang yang rela mati mempertahankan agamanya.[8][9]

Versi Latin

Penceritaan dalam Acta Sancti Georgii (abad ke-6) hampir mirip penceritaan Yunani namun maharaja yang menyeksanya diberi nama Dacian, Maharaja Persia . George tinggal dan mati di Melitene di Cappadocia. Kematiannya diceritakan lebih teliti di mana beliau diseksa lebih daripada dua puluh kali selama tujuh tahun. Selama tempoh ini juga, sebanyak 40,900 orang penyembah berhala memuluk agama Kristian, termasuk permaisuri Alexandra. Apabila Georgius akhirnya meninggal dunia, Dacian menjadi mangsa suatu angin badai api.

Dalam beberapa versi lainnya, ada yang menyatakan Maharaja Decius atau seorang hakim yang bernama Dacian yang berkhidmat di bawah Diocletian yang menyeksa askar tersebut.[10]

Penceritaan di dunia Islam

Terdapat beberapa penceritaan dalam dunia Islam yang menerangkan mengenai seorang tokoh yang dilihat miripnya (diberi nama bahasa Arab Jiriyas atau Girgus - جرجس). Sumber-sumber ini menyatakan bahawa beliau datang dalam kalangan sekumpulan orang yang mengenali sahabat atau pengikut Nabi Isa.

Beliau digambarkan sebagai seorang saudagar kaya yang menentang pembinaan sebuah patung dewa Apollo oleh Dadan, seorang raja yang memerintah kota Mosul pada ketika itu. Jiriyas diseksa berkali-kali tanpa belas kasihan serta dipenjarakan namun diringankan sakitnya oleh para malaikat. Jiriyas akhirnya mendedahkan bahawa berhala-berhala itu dimasuki Iblis, namun telah mati syahid saat kota itu dihancurkan suatu hujan api diturunkan Allah. [11]